Tuesday 18 April 2017

EXCO Johor hadapi 33 tuduhan subahat rasuah

JOHOR BAHRU: EXCO Johor, Datuk Abd Latif Bandi bersama seorang perunding hartanah masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap 33 tuduhan membabitkan rasuah RM30.3 juta di Mahkamah Sesyen, hari ini. Abd Latif, 51, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sedang bercuti tugas, bersama Amir Shariffuddin Abd Raub, 44, membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di depan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir. Tertuduh menghadapi tuduhan bersubahat dengan Amir Shariffuddin menerima satu suapan daripada individu membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM30.3 juta. Dia didakwa melalui sebuah syarikat mendapatkan kelulusan pelepasan rumah kluster dan lot Bumiputera kepada pembeli dan pengurangan bayaran wang sumbangan Tabung Perumahan Negeri Johor. Abd Latif melakukan kesalahan itu di Maybank Islamic Bhd, cawangan Larkin Perdana di sini antara 13 November 2013 hingga 19 Oktober tahun lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 28 (1) (C) Akta SPRM 2009 yang dibacakan bersama Seksyen 16(a)(b) dan Seksyen 24 akta sama yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai suapan. Amir Shariffuddin pula dituduh secara rasuah menerima wang terbabit sebagai upah bagi dirinya dan Abdul Latif melalui cek daripada beberapa bank kerana melakukan transaksi untuk mendapatkan kelulusan. Dia melakukan kesalahan itu pada tarikh dan tempat yang sama. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Datuk Masri Mohd Daud dan Amir Nasruddin. Abd Latif diwakili oleh barisan lapan peguam diketuai Datuk Hasnal Rezua Merican manakala Amir Shariffuddin oleh Azrul Z Stork. Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM2 juta seorang dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga selesai perbicaraan. Hakim menetapkan 23 Mei ini untuk sebutan semula kes.

No comments:

Post a Comment

Top 10 Oldest Religions of the World

Religion is the right path that leads the humans to the eventual destination. The human life would have no meaning without the religions....